Pentingnya Persediaan Awal
Masyarakat Melayu tidak pernah lari daripada ungkapan peribahasa ataupun kiasan kerana ia melibatkan kehidupan seharian kita. Pernah dengar peribahasa sediakan payung sebelum hujan? Secara amnya peribahasa “sediakan payung sebelum hujan” membawa erti kepada berhati-hati sebelum ditimpa kesusahan ataupun perkara yang mendatangkan kemudaratan. Dalam konteks ini, akan menjelaskan perkaitan mengenai pelajar-pelajar di sekolah, universiti swasta mahupun universiti awam. Tanggungjawab seorang pelajar amat penting dalam meningkatkan pembelajaran dan pengetahuan yang sedia ada. Setiap pelajar perlu melakukan persediaan diri daripada segi fizikal, mental dan emosi. Seperti mana yang kita tahu pelajar dari IPTA atau IPTA banyak diberikan tugasan ataupun disebut “assignment” yang memerlukan masa yang agak panjang untuk menyiapkan. Tambahan lagi kajian lapangan yang memerlukan masa yang agak lama dan perlu dikaji secara lebih mendalam. Oleh itu, amat bersesuaian dengan peribahasa sedia...